Thursday, March 22, 2012

Bicara Result SPM 2012 : Untuk Kita Bersyukur


Bism.. 
Assalamualaikum wbt..

Biar semanis kurma kata bicara
Jangan sepahit hempedu meluah kata
Biar seindah mutiara bahasa
Tidak seburuk yahudi budaya..




Alhamdulillah, sebagai pembuka bicara, eloklah kata memuji muji yang Maha Esa, kerna kerdil kita itu sentiasa dan selamanya.. contengan pena kali ini sedikit sebanyak akan berbicara tentang ‘result’ SPM 2012 adik-adik yang pastinya gempak dan terrbaaeekkk.Alhamdulillah. Syukur kita panjatkan kepada Allah yang memberikan kita nikmat/ujian dalam kecemerlangan SPM baru-baru ini.
Mungkin ada kalangan adik-adik yang mendapat kecemerlangan dengan jayanya dan mungkin ada mendapat “ok la”, semestinya juga ada yang tidak berpuas hati pada resultnya dan mungkin ada yang rasa dunia ni bagai dah penamat baginya. Dengan ‘result’ yang adik-adik dapat sama-samalah kita muhasabah diri kita samaada result yang baru kita dapat itu akan memajukan kita di masa akan datang atau merosakkan kita dimasa hadapan atau bakal menjauhkan kita daripada Allah swt.

Bagi adik-adik yang mendapat result yang gempak, Tahniah dan syabas diucapkan, namun harus kita ingat, adakah dengan result yang kita dapat tu semakin mendekatkan diri kita kepada Allah atau bakal menjauhkan kita daripada Allah swt. Kita juga harus ingat, kejayaan itu adalah nikmat yang Allah bagi pada kita atau ianya ujian kepada kita supaya kita? Ujian bukan sahaja  dalam bentuk kesusahan tapi kenikmatan, kesenangan juga adalah ujian. Ujian dengan kesusahan senang untuk kita sedar, namun, ujian kesenangan ini amat sukar untuk kita sedar bahawa ia sebenarnya adalah ujian.


Bagi adik-adik yang cemerlang dengan jayanya, Kita imbas kembali detik mendapat kejayaan itu, Pertama sekali adakah kita mengucapkan syukur kepada Allah ‘Alhamdulillah’ dan segera pergi sujud tanda syukur kepada Allah atau dapat je ‘result’ tu terus kita “Yeayyyyy, ak dpt strgt ‘A’ weyyy, tak sangka aku” n then terus col kwn-kwn yang lain, sdare mara dan berbangga dengan result yang kita dapat?? Adakah dalam hati kita, kita merasakan usaha kita selama ni berbaloi sebab ia memang usaha kita atau kita rasakan Allah yang bagi rezeki kali ni disebabkan usaha kita yang kecil seketika dulu. Sama-sama kita renungkan.

 Allah berfirman, 
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”






Kita tahu bahawa kejayaan yang kita dapat juga adalah hasil daripada didikan ibu bapa kita, cara ibu bapa jaga kita dan banyak la lagi apa yang ibu bapa kita buat pada kita. Memang sewajibnya kita mengucapkan terima kasih ‘Thank You’ ‘Arigato’ ‘Gamsahamnida’ pada ibu bapa kita, Betapa baiknya ibu bapa kita jaga kita sejak dari kita kecil dulu. Tetapi, sebaik manapun mak ayah, umi abah, papa mama kita jaga dan didik kita, namun, masih tidak dapat menandingi betapa baiknya Allah memelihara kita sejak dari alam rahim lagi.Bahkan, ibu bapa kita sekalipun Allah yang jaga.
Sesungguhnya Allah itu bersifat dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Ar-Rahman Allah atau sifat pemurah Allah itu adalah untuk seluruh makhluknya tidak kira Islam, Kafir tumbuhan mahupun haiwan atau alien sekalipun. Allah bagi kita makan, bagi harta, bagi nyawa, bagi kejayaan. Tapi, Ar-Rahim atau Pengasih Allah adalah sifat istimewa untuk hambanya yang beriman sahaja, yakni Islam. Org kafir takkan dapat rasa nikmat Ar-rahim ini. So, bersyukurlah kita orang Islam.

Kadang-kadang, kita katakan kita ni dah bersyukur, “eh, aku dah ucap Alhamdulillah lps dpt result tadi,kira dah bersyukur la tu”.. Senang-senang je kita fikir konsep bersyukur mcm tu. Tetapi TIDAK DINAMAKAN ORANG BERSYUKUR WALAUPUN 40 KALI UCAP ALHAMDULILLAH TETAPI TAK NAMPAK ALLAH YANG BAGI NIKMAT.. Syukur itu dalam hati, hadirnya syukur dalam hati maka akan lahirlah syukur melalui perbuatan kita insyaAllah ^_^ ..
Conclusion nak diterjemahkan kat sini adalah kita faham dan tahu nikmat kecemerlangan kita tu datang daripada siapa dan kepada siapa harus kita ucap terima kasih?. Syukur !!




Bagi yang dapat result ‘biase-biase je’ pon kena ucapkan Alhamdulillah dan bersyukur jugak. Jgn igt result yang kita dapat tu adalah pemusnah kehidupan kita ‘NO’.. Tetapi ia adalah permulaan kepada kehidupan kita, jangan ingat reult rendah tak mampu berjaya, Tetapi, binalah kejayaan mulai hari itu. Betapa ramai yang dapat result SPM nya rendah suatu ketika dahulu namun jadi orang besar pada hari ini. Result SPM bukanlah segalanya, corak perjalanan hidup kita nanti tu yang akan create hidup kita. Mungkin result yang kita dapat tu memang sempurna untuk kita, itulah yang terbaik untuk diri kita. Mungkin kalau kita dapat tinggi sikit lagi kita akan lalai dari mengingatiNya ke atau dengan result yang tinggi sikit lagi akan menyebabkan kita rosak suatu masa nanti ke. Kalau result tinggi tiada akhlak dan rosak masa depan TAK ADA GUNANYA juga. Apa yang penting mula bina kejayaan melalui ketewasan kita dalam pertempuran SPM.

Tingi ke result kita, rendah ke result SPM kita, Tetap saja Allah menilai kita dengan keimanan dan ketaqwaan kita, bukannya Allah nilai pakai result SPM..  kita ni kalau kereta tercalar ke sikit terus segera kita baiki, tapi kalau iman kita tercalar ada ke kita segera pergi baiki ?? Renung-renungkan. Sekarang, kita dah dapat result Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). So, mcm mana pula kita nak dapatkan Sijil Masuk Syurga (SMS) ?? Agak-agaknya layak ke kita ???

INGATLAH WALAUPUM KITA TIDAK KASIH PADA ALLAH SWT TETAPI
ALLAH TETAP KASIH PADA KITA


~NMA~
220312
2250  p.m 




0 comments:

Post a Comment

 
Template by STR from Minima retouched by Nyahoo | ics - id | ADxMenu |