Saturday, July 31, 2010

Mengapa Tidak Satu Hati !!!

0 comments
Bismillah...

Setelah agak lama blog ini dikunci dan tidak berkongsi idea dengan mujahid mujahidah 
semua , InsyaAllah kali ini , Dapat kita mengemukakan idea-idea yang inovatif untuk dikongsi bersama dan kita akan bersama-sama mencari kebenaran dalam kehidupan kita , Apa yang dikatakan sebagai realiti hidup dan tugas kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini . seperti yang pernah ana katakan dulu , Dunia ini ibaratnya sudah bermain-main dengan penghuninya , Ya , dan kita semua adalah penghuninya . Sebelum bermulanya madah kata berkaitan tajuk kali ini , ingin ana berikan satu hypothesis mungkin . Semakin Berkurang Kemajuan Dunia Semakin Meningkat Keimanan Manusia Pada Penciptanya . Sebaliknya , Semakin Meningkat Kemajuan Dunia Semakin Meningkat Kealpaan Manusia Pada PenciptaNya . MV hypothesis yang pertamanya adalah kemajuan dunia dan RVnya adalah keimanan manusia pada penciptaNya.

Konklusi disini adalah ,  Responding Variable(RV) adalah Keimanan Manusia pada PenciptaNya. Jika dalam Sains kita tidak akan mendapat hasil yang baik ataupun RV yg tepat jika eksperimen yang kita lakukan itu salah. Maka , Eksperimen yang kita lakukan adalah sia-sia , hanya sekadar 'permainan' dan syarat untuk mengambil markah PEKA . Tiada mutu dalam eksperimen kita . Justeru , begitu juga dengan kehidupan kita , Keimanan Kita Kepada Allah untuk mendapat redhaNya adalah RV hidup kita , jika kita tidak mengamalkan hidup kita berlandaskan SYARIAT ALLAH , maka , hasil yang kita akan dapat di akhirat kelak adalah amat pedih. Satu yang bebeza untuk kita berbanding eksperimen sains itu , WE CANNOT REPEAT EXPERIMENT . Hidup kita di DUNIA hanyalah sekali . Platform kita untuk ke syurga adalah dunia . Jadi , hiasilah hidup kita di dunia ini dengan perkara yang berlandaskan syariat .


Satu Hati ! pada pandangan antum semua , apakah maksudnya ? Ayuh , bagi pendapat , mungkin ana dapat huraikan perkataan itu mengikut fikiran ana sahaja , justeru , ana mohon kepada Mujahid dan Mujahidah semua , kongsikan pengetahuan antum semua tentang SATU HATI ini. Bagi ana sendiri , SATU HATI adalah kita semua , Umat Islam seluruhnya , Tidak mengira bangsa atau negara , Apa yang kita pegang hanyalah bersatu kita umat Islam untuk agama kita ,Tetapi ,  Tidak ana nafikan kita juga harus bersatu bersama Cina , India dan juga masyarakat lain yg Non-Muslim(Kafir Zimmi) jika di Malaysia ini . 


Tetapi , apa yang menjadi persoalan utamanya adalah masyarakat Islam sekarang ini sudah berpecah-belah , masing-masing mengikut haluan masing-masing dengan kemunculan pelbagai puak , kita(umat Islam) sekarang sudah kembali ke zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam , semangat ASSABIAH terus meningkat , perbezaan mazhab dijadikan ukuran , berpuak-puak , Syiah , Fahaman Wahabi , Ahlussunnah Wal Jamaah , Jabariah , Qadariah dan yang paling teruknya adalah pegangan politik yang berlainan dijadikan alasan untuk bermusuhan walaupun satu bangsa satu agama . 

Apa gunanya kita bermusuhan jika ia mendatangkan keburukan ? Tolong Jawab ! Mungkin contoh ini terlalu besar untuk dijadikan petunjuk , kita beralih kepada skop yang lebih kecil , perhatikan keadaan sekeliling , jika antum adalah pekerja di pejabat , dalam satu pejabat itu mesti ada yang tidak berpuas hati dan berlaku pergaduhan , jika kita sebagai seorang pelajar sekolah , mesti ada dalam sekolah kita pergaduhan , isu-isu negetif yang berlaku dalam sekolah kita . Ataupun yang lebih kecil lagi dalam keluarga kita sendiri ,  Inilah yang menjadi masalah sekarang. Jika tempat kecil pun boleh wujud perpecahan , pergaduhan , apatah lagi dunia yang besar ini. Semakin hari semakin teruk.

Justeru , marilah kita satukan ummah ini. Yang semakin mundur, biarpun hanya kecil usaha itu namun ia besar dimata Allah jika dilakukan dengan baik. Bermula di rumah kita , jangan bergaduh , kemuan di sekolah atau pejabat dengan kawan-kawan kita ataupun 'musuh-musuh' kita. Jika kita mampu bersatu di tempat-tempat itu maka InsyaAllah satu hari nanti kita akan berjaya menyatukan seluruh Umat manusia. Jangan ditanya bilakah suatu hari itu , yang penting kita laksanakan.

Bagaimana kita ingin bersatu membebaskan Palestin jika kita masih berpecah-belah kerana hal yang remeh-temeh.Ayuh bersama kita kembalikan kegemilangan Islam seperti dulu , Mereka berjaya kerana mereka bersatu atas dasar Islam. Perbezaan bangsa,politik, dan fahaman tidak menjadi penyebab. Jatuhnya Mereka adalah kerana mereka mula berselisih pendapat . Ayuh , Ulangi sejarah kegemilangan Islam tetapi jangan kita ulangi sejarah kejatuhan umat Islam.

Semoga Hidup Kita Semua Diberkati OlehNya.


 Catatan Mujahid Allah          
Adhamza              
010810                   

 
Template by STR from Minima retouched by Nyahoo | ics - id | ADxMenu |