Wednesday, November 18, 2009

Dosa Dan Noda

0 comments


Kesempatan yang diberi ...
Sayangi dan Hargai Diri ...
Capailah Cinta Murni ...
Kejayaan redhaMu ilahi ...



Detik jam di dinding mengigatkan aku tentang masaku yang semakin hampir dengan kematian.Benar,setiap masa ,setiap saat kita semakin hampir dengan kematian tidak kira seratus tahun , setahun , sejam atau mungkin sekarang.Yang pasti diri ini akan ke kembali ke tempat asalnya kita jua.Jika detik sekarang untuk mengigatkan diriku tentang keesaanNya tapi aku masih alpa.Dalam diam-diam aku masih menjadi seorang Saintis atau Pereka yang mencipta dosa.Aku masih alpa Ya Tuhan ... Sedarkanlah diriku dari dubuai Dosa dan Noda ...

Mutiara yang turun dari langit tidak mampu untuk membasuh tubuhku yang penuh dengan lumpur kekotoran.Hanya Iman dan Taqwa yang mampu mensucikan diriku ini. 3.53 pagi Itulah yang tertera di hujung sudut komputerku menunjukkan waktu sekarang.Tapi aku !!! Masih di sini menulis sesuatu yang tiada pentingnya.Pada waktu begini sepatutnya dimanfaatkan dgn penyucian diri kepada Tuhan.Tapi aku !!!!!!!!!

Tidak dapat ku bayangkan betapa peritnya azab yang bakal ku terima di Akhirat nanti.Pedihnya yang teramat sangat.Ya Tuhan.Sunyi dan sepi , itulah yang menunjukkan kondisi sekarang.Suhu nya yang sejuk menyebabkan aku masih di sini.di telingaku masih kedengaran lagu-lagu nasyid penguat jiwa.Esok !!! hari terakhir persekolahan.perasaan sedih gembira bercampur baur hingga hilang arah tujuan.

Telah ku tekadkan dijiwa,Esok akanku pohon seribu kemaafan kepada warga Pendidik dan kawan-kawanku.Tapi,Mungkin esok juga akan jadi hari aku mencipta sejarah di madrasah ku .
Benar sejarah !!! hanya masa saja yang mampu menentukannya.

Cukuplah hanya sekadar ini saja coretan aku untuk kali ini ...
'Akanku Memamhat Sejarah Mencipta Tamadun'

Wasalam ...

Sunday, November 15, 2009

Amal Atas Niat

0 comments
Madahku bertutur telah menjadi kegirangan,Ya Allah,Ya rasul,Inikah keagungganmu.Saat aku mencari ketenangan ini.Dia datang dengan membawa bejuta kemaafan berjuta keberkatan.Inikah yang dikatakan Ar-Rahman Ar-Rahim.Sahabat,Aku mohon jika terdapat kekhilafan yang diriku ini lakukan terhadapmu, Aku mohon janganlah disimpan di sanubarimu,Kerana aku hanya insa biasa yang bisa melakukan kesilapan.Ku gunakan perkataan 'Sahabat' kerna aku pecaya sahabat berbaza dengan kawan,Kita berkawan dengan semua orang,Tapi kita bersahabat hanya pada yang ikhlas.Aku juga seperti orang kebanyakan,bukanlah berada di puncak mahligai khayalan.Jika angin gersang mampu membawa terus dosaku bertebangan bersama,akanku sujud penuh kesyukurankerna air tidak mampu membasuh kekotoran rohani.

Hari semalam,Aku bersama beberapa sahabatku berada dekat denganNya.Ku hadhiri majlis Tahlil yang diadakan di rumah saudara sahabatku.Bacaan Tahlil dan 30 juzu' Al-Quran begitu asyik sekali.Terima kasih kepada sahbatku Azlan kerana menjemputku dan Terima Kasih Badrul kerana mengikutiku.Setibanya di sana,Aku dan beberapa orang sahabatku perlu memikul amanah,kepercayaan yang telah diberikan untuk mengalunkan bacaan Al-Quran pada si mati perlu dilaksanakan dengan sejujurnya.Dosa atau tidak ??? Itulah yang menjadi persoalanku jika aku yang hina ini tidak mampu menjalankan amanahku dengan sempurna.
Apakan daya...???

Jika perjalanan hari semalam telah berlangsung dengan baik,Seinfiniti kesyukuran ku ucapkan padaNya.Hari ini.Ya !!! Hari ini,Aku masih dalam kebingungan.Subuh tadi,Aku bangun...Dengan hajat yang besar untuk ke sekolah,Tapi niatku itu tiba-tiba disambar dengan ajakan ibuku ke Kota yang sememangnya menjadi kegemaranku.Jalan-jalan,Beli-belah, itulah yang difikirkanku,tapi hikmah yang terbesar yang aku perolehi daripada aktiviti itu ialah kasih sayang,Ia dapat mengeratkan hubungan kami sekeluarga.Ia benar kerana aku dapat melihat kebenarannya.Hari ini,Hanya tinggal adikku yang ke-3 tegerak hati untuk ke sekolah kerana dia telah dijemput untuk menerima hadiah kecemerlangan di sekolahnya.Tahniah untuknya !!!

Saat ini,Jika aku masih di hadapan isteri ke-2 ku (Komputer) , keluarga ku yang lain bersiap-siap untuk ke kota. Ku dengar kemeriahannya,Suara adikku yang bergaduh menggelikan hatiku,Inilah yang aku suka.Kemeriahan ..........

sekian dulu untuk kali ini.sahabat !!! Maafkan aku kerana janjiku untuk ke sekolah pada hari ini tidak dapat aku tunaikan.Maafkan aku ...

Kata Ikhlas :

Sya Izz : Maaf sbb tak dapat hadir kat jamuan ur class.
Badrul n Syafiq : Maaf kerana aku tidak dapat turut serta dalam lawatan.
Azlan : Terima kasih atas jemputan semalam.




Friday, November 13, 2009

Bismillah Tawakkaltu ‘Ala Allah

0 comments


Pagi-pagi ini, kota Putra(Kampungku) seakan membara. Matahari berpijar di tengah petala langit. Seumpama lidah api yang menjulur dan menjilat-jilat bumi. Tanah dan pasir menguapkan bau neraka. Hembusan angin sahara disertai debu yang bergulung-gulung menambah panas udara semakin tinggi dari detik ke detik.Tapi itu mustahil kerana sekarang ini bumi Malaysia ibarat berada dalam peti sejuk yg wapnya mungkin mencecah -100 celcius . mungkin itu hanya gurauan tapi hakikatnya itulah gambaran yg kurasa.

Seakan tidak percaya,memang,itu hanya gambaran.Pagi-pagi ini aku rasa seakan mahu berada jauh dari bumi.Ke Marikh,Neptun atau di mana-mana saja.Jika mampu akan ku jejakkan kaki ke Galaksi lain.Tapi hakikat yang terjadi semuanya berbeza dari apa yang diimpikan.Jika aku disini akan tetap disini juga.dalam kondisi suhu begini,Aku lebih selesa untuk berada di Kamarku,Menelimuti tubuhku yg kedinginan.Rasa malas untuk aras-arasen juga bermaharajalela dalam diriku . Tetapi, aku cuba melawan segala rasa yang muncul dan wujud dalam diriku.

Hajatku untuk ke pusat Ilmu tidak pasti akan tercapai atau tidak,Jika Sahabatku si Badrul sudah sampai ke sana tapi aku disini masih lagi dalam khayalan.Sebentar tadi " Assalamualaikum,aku nok jupo mg ni.Jom g jale !!! Kata Muiz , rakanku yang sekarang ini berada di SBPI Batu Rakit dengan menggunakan hnfnnya.Lantas aku mnjawab. "Kito g jupo kat pustako r , Badrul ado skali situ" .. Dia ttidak pasti untuk memberikan jawapan aslinya.Aku sayang Kawan-kawanku ...

Satu lagi yg mnjadi roda dalam kepalaku hari ini tentang lawatan kelasku.Badrul dan Syafiq memujukku untuk turut sama menyertai lawan itu, Tapi aku tidak pasti samaada harus atau tidak untuk aku pergi,Yang pastinya bukan jatuh hukum wajib.Aku teringat kata-kata Nik Nur Madihah dalam bukunya 'Catatan Hati Nik Nur Madihah' ... "sanggupkah aku bersuka ria dgn rakanku sedangkan ibu bapaku menitiskan darah untuk menyara hidup kami sekeluarga" ... Ayat ini telah aku ubah suai mengikut cita rasa aku yang tersendiri ... Sanggupkah Aku ???

Mungkin setakat ini saja coretan aku kali ini yang langsung tiada motif utama ...
Kepada keluarga dan teman-temanku.Aku sayang akan kamu ...

Kata Ikhlas :

Sya Izz > Terima Kasih dan Maaf untuk segalanya ...
Syieqa > Cari dalam kamus dewan maksud persepsi ngan perspektif tu ... haha
Ponti > Selamat Hari Jadi Yang Ke-10+4=14
Nudra > Sama-sama ...





Wednesday, November 11, 2009

Hari Yang Tenang

0 comments


Assalamualaikum

sudah lama aku mencoretkan sebuah catatan hatiku disini , Namun,jauh disudut nuraniku ingin aku berkongsi kisah suka dan duka bersama bini ke-2 ku ini setiap saat setiap waktu.Saat ku berkesempatan in,i ingin aku luahkan segala kesengsaraanku akibat brtjauhan dari Diari tak rasmi ku ini . Ingin ku mulakan bicara ku dgn Basmallah yang mulia lagi suci ...

Apa yg bakal aku kongsi disini mungkin tidak sesuai utk kanak-kanak di bawah 12 tahun,berbahaya utk Ibu yang mngandung , menjejaskan kesihatan warga Emas dan menyihatkan pemikiran Para Remaja skrg ini ...

Ok , hari ni ku tenang ... gembira...happy je ... Jika hari semalam aku dlm tekanan,Tapi hari aku tenang kerna kepetahanku utk brtutur tlh terlangsai , segala yg aku pendam ... Segalanya Bermula Begini ....................


Kat skolah mghadapi tekanan yg teramat sangat oleh seorg Insan yg aku sayang bergelar 'GURU' ... Jika dulu aku mghampirinya utk bertegur sapa dgnnya tapi baru2 ini aku semakin mengelakkan diri darinya ... Kemesreaan yg tercipta hilang begitu saja ... Erti sayang tidak lagi ku rasai ... sehingga mmbutkan aku mahu berpindah dr sekolah itu , Pernah saat semalam aku berdiskusi bersama insan yg memahamiku iaitu utusan dari Maha Pencipta yg bergelar ' UMMI ' ... ' Ummi , Eir nok pindoh skoloh buleh ' kataku ??? Eir itu panggilan yg biasa aku dgr dari ibu saudaraku...Tapi biasa aku bahasakan diruku kpda seluruh keluargaku sebagai 'eir' ...

Ummi senyap seketika dan mnanyakan sebar-sebab wujudnya hasrat utkku keluar dari Bumi 'SMKANI' iaitu sekolah yg aku cukup sayang ... Aku tidak mmberitahu ibuku sbb2 utk aku mninnggalkan bumi Smkani ... Belum sempat aku bersuara ibuku mnjadi motivator diriku ...
Dye mncertikan kisah nya,Sejarahnya sehinggan aku terpaku dan mmbisu sahaju ... Dlm kesenyapan aku sedih kerana aku tlh mnyebabkan ibuku memikirkan masalahku... 'Ummi' tidak mnjadi insan yg berahsia pada suami, taat dan patuh itulah prinsipnya ... Ummi menceritakan pada suami nya atau 'Abah' ttg hasratku ini.Sekali lagi aku rasa bersalah kerana mnyebabkan 'Abah' ku mmikirkan juga masalahku ini ... (Aku sayang Mereka)

Berbalik kpda hal utama , hari ini aku tlh mluahkan segala perasaanku pada guru tersebut.Semua ini tidak mungkin akan terjadi jika bukan kerana sahabatku si 'Badrul' yg petah bekata-kata ... dgn bantuan Syafiq dan Alimin aku mnjadi smkani berani meluahkan perasaan ku pada guru itu melalui pndekatan yg cukup berhemah tanpa menggores perasaan ... Malah kami adalah keluarga jika diibaratkan ... inilah semangat kami di SMKANI ... Pimpin diri utk pimpim org lain dan bantu di utk bantu org lain ...

Sekian saja utk kali ini aku menulis catatan hatiku ...

Kawan2 aku mohon maaf jika selama ini aku telah melakukan kesilapan padamu ...







 
Template by STR from Minima retouched by Nyahoo | ics - id | ADxMenu |