Monday, September 28, 2009

Post Tengah Malam

Assalamualaikum kawan-kawan ...

Sekarang dah pukul 12 tgh malam,tapi aku masih depan PC , Sebenarnye tgh siapkan jadual pengawas.Dah dua kali aku buat jadual bertugas pengawas tapi dua kali jugak la yang hilang.Pening aku,kawan-kawan pengawas yang lain bukannya nak tolong buat.Asyik aku je, Dah terlanjur aku bercerita pasal pengawas ni,So,kita teruskan je la.Hari Ahad ni 4 November Badan Pengawas skolah aku (SMKA Nurul Ittifaq) akan adakan satu jamuan sempena Majlis Sambuatn Hari Raya,Majlis Perletakan Jawatan Pengawas form 5 n upper 6. Hari khamis sebelum tu akan diadakan satu Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah.Banyak la pulak jamuan makan ni. O.k,Hari Ahad yang lepas(semalam) dah berbincang nak makan apa ??? So,Hari ni bincang lagi ngan pengawas Form 4 n 5, Esk akan ada pulak perjumpaan untuk pengawas form 4 sahaja.Nak buat pembahagian tugas.Tadi aku pegi la jumpa cikgu pengawas,Bincang punyer bincang ada la beberapa aktiviti yang nak dilakukan. Kata sepakat telah dicapai (sedikit) tapi sekarang aku rasa letih pulak nak pikirkan pasal hal pengawas ni.Tapi,kadang-kadang,syok gak uruskan bende-bende macam ni ...

Konklusinya,Aku rasa letih,banyak sangat bende yang aku nak kene buat sekarang ni.So,Aku kene pandai-pandai la uruskan masa aku dgn sebaiknya.dah la Peperiksaan akhir tahu pon dah dekat.Aku mesti buktikan bahawa peperiksaan akhir tahun ni aku yang punyer... O.k ... Doakan kejayaan aku ...

Sekian ...

0 comments:

Post a Comment

 
Template by STR from Minima retouched by Nyahoo | ics - id | ADxMenu |