Monday, October 3, 2011

Sunnah-Sunnah Yang Berkaitan Dengan Kelahiran Bayi

0 comments
Assalamualaikum wbt


Perihal mengenai amalam-amalan berkaitan dengan kelahiran bayi sekarang banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur yang boleh membawa kepada syirik seperti memakai gelang untuk menghalang makhluk halus dan juga sebagainya. Kadang-kadang perkara-perkara seperti ini dibawa ringan oleh masyarakat kita yang terpengaruh dengan amalan-amalan ataupun adat-adat pada zaman dahulu.

(Gambar Hiasan)

Dengan ini, di bawah ini ada beberapa amalam-amalan sunnah menurut riwayat-riwayat yang shahih yang boleh dilakukan ketika kelahiran bayi.Semoga sama -sama dapat kita mengambil manfaat daripada perkara-perkara yang benar.

Sebelum dimandikan disunahkan mengazani ditelinga kanan dan diIqomati ditelinga kiri.

Disandarkan pada beberapa hadis antara lain;• Dari Abi Rofi’ radhiyallahu ‘anhu berkata, “Aku pernah melihat Rasulullah mengazankan Sayyidina Husain di telinganya pada saat Sayyidina Husain baru dilahirkan oleh Sayyidatuna Fatimah dengan bacaan adzan untuk solat .” (HR. Ahmad, Abu dawud, Tarmidzi, dishahihkannya).• Dari Abi Rofi’ berkata dia, “Aku pernah melihat Nabi melakukan adzan pada telinga Al Hasan dan Al Husain radhiyallahu ‘anhuma.” (HR. Thabrani)....

“Barangsiapa yang kelahiran seorang anak, lalu anaknya diazankan pada telinganya yang sebelah kanan serta di iqomatkan pada telinga yang kiri, niscaya tidaklah anak tersebut diganggu oleh Ummu Shibyan (HR. Ibnu Sunni, Imam Haitsami menuliskan riwayat ini pada Majmu’ Az Zawaid, jilid 4,halaman 59). Menurut pensyarah hadis, Ummu Shibyan adalah jin wanita yang selalu mengganggu dan mengikuti anak-anak bayi.

Dibacakan ayat Innii U`idzuuhaa bika wa dzurriyataha minasyaithonirrojiim (Ali Imron 36) + surat Al Ikhlas +surat al Qodr pada telinga sebelahkanan. Berharap pada Allah agar selama hidup si anak tidak melakukan zina


Di aqiqahi pada hari ke7 dr kelahiran,jika bayinya leaki maka menyembelih dua ekor kambing.jika perempuan maka menyembelih 1 ekor kambing.syarat kambing yg digunakan untuk aqiqah sama dengan syarat kambing yang disembelih untuk korban jika tidak mampu aqiqah dengan menyembelih kambing ( Fakir) alangkah baiknya mengikuti pendapat Ibnu Abbas yang memperbolehkan Aqiqah dengan menyembelih hewan yang halal,misal ayam,itik atau lainnya.


(Bughyatul Murtasyiddiin hal 257)




 Imam Ahmad Bin Hambal Berkata:bayi yang tidak diAqiqahi sedang orang tuanya mampu maka kelak diakhirat tidak diberi Izin oleh Allah untuk memberikan Syafaat pada kedua orang tuanya. 


( I`anatuttolibin Juz II hal 335)


 Jika hari ke 7 blm mampu maka hari ke 14 jk blm mampu mka hari ke 21 jk blm mampu jua tetap mendapatkan kesunahan sampai baligh.dan bila sudah baliqh maka kesunahan pada orang tua sudah gugur,tp bagi sianak yg bersangkutan maka diperkenankan untuk memilih Melaksanakan aqiqah ataupun tidak.tp lebih baik melaksanakan aqiqoh untuk dirinya sendiri.
(keterangan Tausekh hal 272)



1.kesunahan menyembelih aqiqah ketika matahari terbit /pagi hari.
2.andai bayi meninggal sebelum usia 7 hari orang tua tetap mendapatkan kesunahan melaksanakan aqiqoh.
(keterangan Tausekh hal 272)



 Kesunahan berikutnya adalah :mencukur seluruh rambut bayi pada hari ke 7 setelah diAqiqahi,kemudian sedekah emas atau perak seberat rambut yang dicukur.
(Bujairimi Juz I halaman 352 dan I`anatuttolibin Juz II Halaman 339-340)

>>Diberi nama yang baik.Nabi bersabda:Sesungguhnya kelak Dihari Qiyamat kalian semua akan dipanggil dengan nama nama kalian semua serta nama nama Bapa kalian.maka Buatlah Nama yang baik.(HR.Abu Daud)

Adapun Nama yang paling baik adalah Abdullah lalu Abdurrahman selanjutnya kata "Abdu"yang dirangkai dengn salah satu Asma Allah,seperti Abduljalal,Abdul Mu`id dll.selanjutnya nama yang diawali Dengan Muhammad selanjutnya Ahmad.





Sebahagian ulama berpendapat boleh mengaqiqahi bayi lelaki dengan satu kambing yang dinukil dari perkataan Abdullah bin 'Umar, 'Urwah bin Zubair, Imam Malik dan lain-lain mereka semua berdalil dengan hadis Ibnu Abbas diatas.




 Tetapi al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata dalam kitabnya Fathul Bari (9/592): ..meskipun hadis riwayat Ibnu Abbas itu tsabit (shahih), tidaklah menafikan hadist mutawatir yang menentukan dua kambing untuk bayi lelaki. Maksud hadis itu hanyalah untuk menunjukkan bolehnya mengaqiqahi bayi lelaki dengan satu kambing.

Sunnah ini hanya berlaku untuk orang yang tidak mampu melaksanakan aqiqah dengan dua kambing. Jika dia mampu maka sunnah yang shahih adalah lelaki dengan dua kambing.
pandangan ni dalam kitab Ahkamul Aqiqah karya Abu Muhammad 'Ishom bin Mar'i














Dengan beberapa Dalil yang telah dikemukakan diharap kita dapat melaksanakan jika mendapat peluang ke arah itu.InsyaAllah.Semoga kita sama-sama berada dalam syariat yang betul dan mendapat redhanya.

Saturday, October 1, 2011

Hukum Menggabungkan Nama

0 comments
Assalamualaikum WBT


Alhamdulillah, setelah sekian lama saya tidak mengeluarkan pendapat atau kata-kata dalam blog ni,Mungkin sudah bersarang seperti sarang labah-labah tinggal utk dicuci kembali blog ni. InsyaAllah kali ni terdetik di hati saya untuk menukilkan satu coretan menurut pendapat saya sendiri hasil penelitian yang dilakukan berkaitan dengan penggabungan nama antara satu sama lain. Hal ni terdetik untuk saya luahkan disini kerana telah beberapa kali soalan ini diajukan kepada saya. Ada yang mengatakan bahawa hukum mengabungkan nama ini seperti berzina dan tentang persoalan ini ia lebih berkaitan kepada hukum mengabungkan nama antara pasangan kekasih sebenarnya.Ayuh,Kita rungkai dan lihat satu persatu dari aspek yang berbeza.

Pertamanya, saya ingin ulaskan tidak ada masalah untuk melakukan kombinasi nama sebagai contoh untuk melakukan perniagaan,nama syarikat dan barang kepunyaan kita bersama kawan kita dan sebagainya lagi selagi mana nama itu tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan membawa nama yang buruk kepada agama.Sebagai contoh mudah, seorang bernama Abdul dan seorang lagi bernama Rahman kemudian digabungkan menjadi Abdul Rahman.Malah ia semakin membawa maksud yang istimewa. Ini aspek yang pertama.

Keduanya,Jika nama itu digabungkan antara pasangan kekasih atau lebih dikenali lagi dengan istilah 'couple'. Maka hal ini kita lihat dari sudut yang berbeza. Persoalan pertama yg dpt diutarakan perlu ke menggabungkan nama antara pasangan ini? dan apakah faedah yang kita dapat hasil daripada perbuatan ini? Adakah ini menunjukkan kecintaan kita pada seseorang itu?. Manakah bukti untuk menunjukkan cinta kita kepada Allah pula? Rungkaikan persoalan ini dalam minda kita. Berbalik kepada hal tadi, sepertimana yang kita tahu bahawa 'couple' itu HARAM hukumnya,Maka apakah hukumnya jika kita melakukan sesuatu perbuatan yang boleh mengeratkan lagi hubungan yang HARAM itu. Sudah semestinya kita lebih tahu akan hal itu.





Apa yang dibimbangkan sebenarnya adalah implikasi daripada hubungan ini. Kadang fikiran manusia menghalakan apa yang tidak halal pada hakikatnya kerana kepentingan-kepentingan tertentu.Bagi saya,hal ini juga berlaku disebabkan oleh persekitaran masyarakat yang menghalakan perkara itu. satu analogi saya bagi disini.

Katakanlah, Ada seorang guru muda yang baru tamat belajar di universiti, dia baru saja 'posting' di sebuah sekolah pedalaman,mungkin juga persekolahan orang asli. Kebanyakan daripada anak-anak masyarakat ini 'buta huruf' dan tidak tahu membaca. Jadi,guru ini ditugaskan untuk mengajar pelajar-pelajar darjah 1. Pada hari pertama dia masuk ke kelas,seperti yang dirancangnya selepas memperkenalkan diri, dia mula meneruskan pengajarannya.Pertamanya, dia mula mengajar pelajar-pelajar kelas itu dengan mengenali bentuk-bentuk asas. Guru tersebut melukis bentuk bulat pada papan hitam dan mengatakan bahawa ini bentuk bulat kepada anak-anak pelajarnya. Anak-anak pelajar yang baru belajar mengingati bahawa begitu adalah bentuk bulat. Keesokannya, guru tersebut masuk ke kelas lagi kemudiannya melukiss kembali bentuk bulat.Kemudian menanyakan pada anak muridnya apakah bentuk ini. Lalu guru tersebut mengatakan salah. Ini bentuk segi tiga. Lalu hari ketiga juga diajarnya begitu sehinggalah sekian lama pelajar-pelajar itu menyangka bahawa bentuk bulat itu adalah segi tiga.

Apa yang boleh diambil daripda kisah ini adalah sesuatu yang asalnya benar tetapi akibat apa yang diajar oleh guru dan suasana itu akhirnya menjadi salah.Bentuk bulat yang asalnya benar namun diajar dengan salah. Apa yang boleh dikaitkan dengan masyarakat sekarang adalah kita terbalikkan sedikit kisah itu. Sesuatu yang asalnya salah tapi kita halal kan. Sebagai contoh, 'couple' yang sememangnya salah disisi Agama namun akibat ajaran daripada suasana sekeliling yang asalnya salah itu bertukar menjadi benar.Sama juga kisahnya dengan bermain mercun. Ia seolah olah menjadi satu tradisi masyarakat melayu apabila tiba saja musim perayaan.Ingatlah bahawa matlamat itu tidak menghalalkan cara.

Berbalik kepada pokok perbincangan kita kembali. kita mempunyai nama yang cantik, makna yang elok.Maka, tidak usahlah kita rosakkan nama kita itu dengan perbuatan yang tiada faedahnya untuk menunjukkan kecintaan kita kepada kekasih yang tidak halal itu.Jika ingin dirungkaikan juga hukum menggabung nama adalah HARAM jika pasangan yang belum berkahwin, dan HARUS bagi mereka yang dah berkahwin dengan syarat tidak membawa makna yang buruk. Yang penting, kita sama-sama tunjukkan rasa cinta kita pada Allah dan RasulNya dahulu baru kita layak untuk mencintai orang lain. Jika makna nama gabungan kita itu elok, simpan untuk anak-anak suci kita nanti.InsyaAllah. Agar kita semua diberkati oleh Allah SWT. Wallahualam..


Saturday, January 1, 2011

Ke Arah Gerakan Kesatuan (Siri 1)

0 comments
CARA IMAN YANG MENDALAM, PEMBENTUKKAN YANG RAPI DAN KERJA 
YANG BERTERUSAN (ATAU PENGALAMAN IKHWAN AL-MUSLIMIN).


Gerakan Ikhwan Muslimin buat masa ini merupakan sebuah gerakan yang berpengaruh di seluruh pelusuk dunia Islam, walaupun sehingga kini ia belum merupakan sebuah harakah yang satu dan segi perencanaan dan penyusunan. Imam Hassan al-Banna, pengasas harakah telah menjelaskan sejak awal lagi caracara dakwah, uslub dan wasilahnya:

“Wahai Ikhwan, Allah telah menghendaki untuk kita mewarisi pusaka yang amat berat
tanggungjawabnya, maka cahaya dakwah kita hendaklah menerangi di tengah-tengah kegelapan ini, dan kamu akan disediakan untuk meninggikan agama Allah, menzahirkan syari’atNya dan menegakkan semula Negara Islam”.


Adapun persoalan yang akan timbul ialah, bagaimana kita bekerja untuk mencapai tujuan ini.
Sesungguhnya, syarahan, ceramah, tulisan, pengajian, menentukan penyakit dan ubat; kesemuanya itu tidak mendatangkan manfaat dan tidak akan mencapai tujuannya sebelum kita memahami bahawa dakwah itu mempunyai jalan-jalan (wasilah) yang mesti diamalkan di mana wasilah umum yang tidak berubah ialah:

1. Iman yang mendalam.
2. Takwin (pembentukan) yang rapi.
3. Aman yang berterusan.


Para Ikhwan,

“Kamu semua bukanlah sebuah persatuan kebajikan, bukan juga parti politik2 tidaklah sebuah pertubuhan yang ditubuh bagi tujuan yang sempit. Tetapi kamu merupakan semangat baru yang mengalir dalam jantung umat ini; yang menghidupkan umat dengan al-Qu’ran. Kamu adalah cahaya yang memancar, yangmenghapuskan kegelapan malam dengan ma’rifat Allah. Kamu juga adalah suara nyaring yang berkumandang mengulangi dakwah Rasullullah s.a.w. Oleh itu kamu hendaklah merasakan bahawa diri kamu memikul tanggungjawab yang berat itu setelah semua orang menyisihkannya”.


Maka jika dikatakan, ke manakah dakwah kamu? 
Maka jawablah, dakwah kami ialah dakwah kepada Islam yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. Di mana pemerintahan (kerajaan) adalah sebahagian daripadanya, kebebasan adalah satu kefardhuan dan kewajipan-kewajipannya. 

Jika ini dikatakan politik!
Jawablah: Inilah Islam dan kami tidak mengenal pembahagian pembahagian seperti itu. 

Jika dikatakankamu pendakwah revolusioner..
jawablah: Kami pendakwah kebenaran dan Keselamatan yang kami beriman dan merasa bangga dengannya. Jika kamu semua melawan kami, dan menyekat dakwah ini ditengah jalan, maka sampailah masanya kami mempertahan diri kami dan kamulah
revolusioner yang zalim”.


Jika dikatakan lagi, kamu memohon pertolongan 
dengan individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan,
jawablah: kami beriman dengan Allah yang Esa, kami kufur dengan apa yang kamu syirikkan itu Kalaulah mereka meneruskan perseteruan mereka katakanlah: Selawat sejahtera ke atas kamu, kami tidak mengingini orang-orang yang jahil.


Dan pembentangan di atas, ternyata gerakan lkhwan Muslimin berbeza secara umumnya dengan seluruh gerakan gerakan lain; Ia adalah dakwah dan segi fikrah kerana ia mengajak supaya beriltizam dengan fikrah Islam dan hukum hukum syari’at Islam, bahkan mengajak supaya meninggalkan kesemuanya selain daripada Islam baik dan segi pemikiran, perundangan, prinsip, falsafah dan sebagainya, (semata-mata untuk membentuk pemikiran atau rasional secara Islam). Ia juga dakwah tarbiyyah (pendidikan) kerana ia menyeru supaya beriltizam dengan akhlak Islam, adabadabnya dan supaya menyucikan diri serta meningkatkannya dalam menuju tangga rabbaniah (semata-mata untuk membentuk kejiwaan secara Islam).

Ia juga adalah dakwah jihad yang menyeru ke arab persiapan jihad dengan segala jalan dan sebabsebabnya.Sehinggalah kebenaran itu mempunyai kekuatan yang dapat mengawalnya. dan sehinggamembolehkan dakwah menghadapi cabaran cabarannya.

Imam Hassan Al-Banna dalam risalah Ke Arab Mana Kita Menyeru, telah mengisytiharkan:
“Alangkah baiknya orang yang mengatakan: Kekuatan adalah jaminan yang paling baik untuk
membenarkan “kebenaran”. Alangkah indahnya pula apabila kekuatan dan kebenaran itu berjalan seiring.


Inilah JIHAD dalam menyebarkan dakwah Islam, selain daripada kewajipan mempertahankan tempat tempat suci Islam : kewajipan yang telah difardukan Allah ke atas umat Islam, sebagaimana juga mereka difardhukan sembahyang, puasa, zakat dan haji, berbuat baik dan meninggalkan keburukan. Tidak seorang pun terlepas dan tanggungjawab jihad ini mengikut kemampuan masing-masing. Al-Qur’an menegaskan:


انقوراخقاقاوثقالا وجهدوابأمولكم وأنقسكم في سبيل الله

 “Pergilah kamu sama ada ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu pada jalan Allah”


Maksudnya gerakan Ikhwan Muslimin tidak menjadi sebuah pertubuhan yang hanya menitikberatkan aspek-aspek tertentu sahaja, iaitu Ikhwan Muslim ini bukanya pertubuhan kebajikan atau politik semata-mata tetapi sebuah gerakan yang menepati kehendak Islam yang Syumul, di mana kebajikan & politik menjadi sebahagian darinya..


Imam Hassan al-Banna telah mengukuhkan pengertian jihad ini dalam kebanyakkan ucapan-ucapan, kerana kebenaran yang tersisih tidak akan mencapai apa-apa dan tidak sampai ke mana-mana tanpa jihad. Kerana tidak ada nilai kebenaran yang tidak didokong oleh kekuatan. Pemusatan demikian jelas dalam ucapannya dalam Muktamar kelima Ikhwan Muslimin dalam tahun 1358H.

“Dalam waktu di mana kamu - wahai para Ikhwan - 300 katibah yang telah dipersiapkan dirinya dengan iman dan ‘aqidah dan segi kerohanian, dengan ilmu dan pengetahuan dan segi pemikiran, dan dengan latihan dan kesukanan dan segi jasmani, pada waktu itu kamu meminta aku mengharungi lautan atau meredah angkasa tinggi, atau memerangi setiap yang angkuh dan sombong, sesungguhnya aku akan berbuat, insya-Allah.

Friday, August 6, 2010

Status Kita Sebagai Hamba

0 comments




Bismillah...




Sukur Pada Allah S.W.T , Kita masih mampu bernyawa kali ini !!! 


Pernahkah kita terfikir , dari manakah asalnya kita ? Apa tugas kita kita Bumi Allah ini ? Sekadar duduk menunggu mati atau mempersiapkan diri untuk mati ? Tidak saya nafikan , kalau kita bertanya apa tugas kita kat Dunia ni ? ramai yang tahu menjawab "untuk menjadi khalifah Allah" ,Tetapi sejauh manakah penghayatan perkataan itu untuk dalam diri kita? Adakah kita cuba untuk merealisasikannya atau tidak. Bagaimana pula dgn nasib orang Islam di 'jalanan' yg semakin terpesong dgn akidah Islam.Bukankah mereka juga penegak kepada kebenaran. Bukankah tugas mereka juga adalah untuk menjadi khalifah di Dunia ini ?  Menjadi Hamba yang berbakti ...


Sejauh manakah ketaatan kita kepada Allah. Sejauh manakah pula kita menyedari tugas kita sebagai HAMBA ALLAH ?


Saya berikan satu perumpamaan disini. Mungkin saudara dan saudari pernah melihat cerita TIGA ABDUL yang pernah dilakonkan oleh Tan Sri P.Ramlee suatu letika dahulu. 

Dalam cerita itu dimana Ismet Ulam raja iaitu bapa kepada Tiga Abdul itu telah meninggal dunia.Maka hartanya diserahkn kepada anak-anaknya. Kita potong part yg ditengah-tengah. Apabila Abdul Wahub menjadi 'Big Bos' di rumah dan membeli Abdul Wahab juga Abdul Wahid , maka Khadam(Hamba)nya dinaikan pangkat menjadi Ketua Khadam.Abdul Wahab dan Abdul Wahid pula dijadikan hamba paling bawah. Kita ubah jalan cerita ini , Katakan Abdul Wahub meninggal dunia. Adakah Ketua Khadam itu akan dinaikkan pangkat dan menjadi TUAN baru ? Sudah tentu TIDAK kerana Ketua Khadam hanyalah sorang HAMBA dan tidak berhak untuk mengambil harta benda dan jawatan TUANnya. Itulah HAMBA.



Jadi,samaada kita semua sedar atau tidak, kita hanyalah HAMBA ! yakni hamba Allah S.W.T . Kita menjadi Hina jika menjadi hamba manusia tapi jika kita menjadi HAMBA ALLAH S.W.T kita akan menjadi sangat mulia.

Cuba Renungkan : 




Berapakah kadar degupan jantung kita dalam

seminit : 100 kali
sejam : 6000 kali
sehari : 144 000 kali
seminggu  : 1 008 000 kali
sebulan : 30 240 000 kali
setahun : 362 880 000 kali
Seumur Hidup : Kira Sendiri !!!

::: Andaikan Jika Harga Sekali Jantung Kita Dipam RM 1 :::

seminit : RM 100
sejam : RM 6000
sehari : RM 144 000
seminggu  : RM 1 008 000
sebulan : RM 30 240 000
setahun : RM 362 880 000
Seumur Hidup : Kira Sendiri !!!
Mampukah Kita Membayar Hutang Dengan Allah S.W.T ???


Pernahkah Allah S.W.T meminta kita membayar segala nikmat dan kurniaan yang telah diberikan ? Sudah tentu tidak bukan ? Justeru , sanggupkah kita mengkhianati TUAN yang telah memberikan kita segala kesenangan , kenikmatan ... 

 Allah memberikan kita rezeki walaupun kita kufur padanya , dialah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Kita semua adalah Hamba Allah , Jadi , rendahkan diri kita untuknya . Kita hanyalah HAMBA !!! Sedarlah !!!


 




Harapan agar kita semua mampu menjadi HAMBA ALLAH S.W.T bukan kufur akan nikmatnya !!! 

Wallahualam ...

::: Sekian :::



Catatan Mujahid Allah    
Adhamza         
05082010           

Saturday, July 31, 2010

Mengapa Tidak Satu Hati !!!

0 comments
Bismillah...

Setelah agak lama blog ini dikunci dan tidak berkongsi idea dengan mujahid mujahidah 
semua , InsyaAllah kali ini , Dapat kita mengemukakan idea-idea yang inovatif untuk dikongsi bersama dan kita akan bersama-sama mencari kebenaran dalam kehidupan kita , Apa yang dikatakan sebagai realiti hidup dan tugas kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini . seperti yang pernah ana katakan dulu , Dunia ini ibaratnya sudah bermain-main dengan penghuninya , Ya , dan kita semua adalah penghuninya . Sebelum bermulanya madah kata berkaitan tajuk kali ini , ingin ana berikan satu hypothesis mungkin . Semakin Berkurang Kemajuan Dunia Semakin Meningkat Keimanan Manusia Pada Penciptanya . Sebaliknya , Semakin Meningkat Kemajuan Dunia Semakin Meningkat Kealpaan Manusia Pada PenciptaNya . MV hypothesis yang pertamanya adalah kemajuan dunia dan RVnya adalah keimanan manusia pada penciptaNya.

Konklusi disini adalah ,  Responding Variable(RV) adalah Keimanan Manusia pada PenciptaNya. Jika dalam Sains kita tidak akan mendapat hasil yang baik ataupun RV yg tepat jika eksperimen yang kita lakukan itu salah. Maka , Eksperimen yang kita lakukan adalah sia-sia , hanya sekadar 'permainan' dan syarat untuk mengambil markah PEKA . Tiada mutu dalam eksperimen kita . Justeru , begitu juga dengan kehidupan kita , Keimanan Kita Kepada Allah untuk mendapat redhaNya adalah RV hidup kita , jika kita tidak mengamalkan hidup kita berlandaskan SYARIAT ALLAH , maka , hasil yang kita akan dapat di akhirat kelak adalah amat pedih. Satu yang bebeza untuk kita berbanding eksperimen sains itu , WE CANNOT REPEAT EXPERIMENT . Hidup kita di DUNIA hanyalah sekali . Platform kita untuk ke syurga adalah dunia . Jadi , hiasilah hidup kita di dunia ini dengan perkara yang berlandaskan syariat .


Satu Hati ! pada pandangan antum semua , apakah maksudnya ? Ayuh , bagi pendapat , mungkin ana dapat huraikan perkataan itu mengikut fikiran ana sahaja , justeru , ana mohon kepada Mujahid dan Mujahidah semua , kongsikan pengetahuan antum semua tentang SATU HATI ini. Bagi ana sendiri , SATU HATI adalah kita semua , Umat Islam seluruhnya , Tidak mengira bangsa atau negara , Apa yang kita pegang hanyalah bersatu kita umat Islam untuk agama kita ,Tetapi ,  Tidak ana nafikan kita juga harus bersatu bersama Cina , India dan juga masyarakat lain yg Non-Muslim(Kafir Zimmi) jika di Malaysia ini . 


Tetapi , apa yang menjadi persoalan utamanya adalah masyarakat Islam sekarang ini sudah berpecah-belah , masing-masing mengikut haluan masing-masing dengan kemunculan pelbagai puak , kita(umat Islam) sekarang sudah kembali ke zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam , semangat ASSABIAH terus meningkat , perbezaan mazhab dijadikan ukuran , berpuak-puak , Syiah , Fahaman Wahabi , Ahlussunnah Wal Jamaah , Jabariah , Qadariah dan yang paling teruknya adalah pegangan politik yang berlainan dijadikan alasan untuk bermusuhan walaupun satu bangsa satu agama . 

Apa gunanya kita bermusuhan jika ia mendatangkan keburukan ? Tolong Jawab ! Mungkin contoh ini terlalu besar untuk dijadikan petunjuk , kita beralih kepada skop yang lebih kecil , perhatikan keadaan sekeliling , jika antum adalah pekerja di pejabat , dalam satu pejabat itu mesti ada yang tidak berpuas hati dan berlaku pergaduhan , jika kita sebagai seorang pelajar sekolah , mesti ada dalam sekolah kita pergaduhan , isu-isu negetif yang berlaku dalam sekolah kita . Ataupun yang lebih kecil lagi dalam keluarga kita sendiri ,  Inilah yang menjadi masalah sekarang. Jika tempat kecil pun boleh wujud perpecahan , pergaduhan , apatah lagi dunia yang besar ini. Semakin hari semakin teruk.

Justeru , marilah kita satukan ummah ini. Yang semakin mundur, biarpun hanya kecil usaha itu namun ia besar dimata Allah jika dilakukan dengan baik. Bermula di rumah kita , jangan bergaduh , kemuan di sekolah atau pejabat dengan kawan-kawan kita ataupun 'musuh-musuh' kita. Jika kita mampu bersatu di tempat-tempat itu maka InsyaAllah satu hari nanti kita akan berjaya menyatukan seluruh Umat manusia. Jangan ditanya bilakah suatu hari itu , yang penting kita laksanakan.

Bagaimana kita ingin bersatu membebaskan Palestin jika kita masih berpecah-belah kerana hal yang remeh-temeh.Ayuh bersama kita kembalikan kegemilangan Islam seperti dulu , Mereka berjaya kerana mereka bersatu atas dasar Islam. Perbezaan bangsa,politik, dan fahaman tidak menjadi penyebab. Jatuhnya Mereka adalah kerana mereka mula berselisih pendapat . Ayuh , Ulangi sejarah kegemilangan Islam tetapi jangan kita ulangi sejarah kejatuhan umat Islam.

Semoga Hidup Kita Semua Diberkati OlehNya.


 Catatan Mujahid Allah          
Adhamza              
010810                   

Saturday, April 17, 2010

Mencari Cinta Sempurna

0 comments

Assalamualaikum WBT



... Bismillah ...

Bersyukur kepada Allah swt kerana kita masih lagi dapat hidup bersama nafas baru yang dikurniakanNya kepada kita , ' Mencari Cinta Sempurna ' . Apakah kita mampu mencapainya ?

Demi tuhan Yang maha agung,ku lihat dunia semakin bermain-main dengan penghuninya . Cinta dalam kelalaian yang menjadi pilihan utama . Apakah manusia mampu memberikan cinta yang hakiki berbanding penciptaNya ? Subhanallah !!! Istilah ' Cinta Monyet ' tidak memberikan kesan kepada mereka .Perasaan yang ternoda dilayan sepenuh hati hingga tersusuk ke sanubari.

"Couple itu haram " . walaupon kata-kata itu telah dijadikan manifesto hidup . Namun , Sudah bergelar manusia , ia menjadi lumrah alam . Perasaan ingin berkasih dan disayangi . Wahai kaum Adam dan Hawa !!! Jika anda sudah menyerahkan jiwa anda pada lelaki/wanita lain sebelum kahwin , bagaimana pula nasib suami/isteri anda ??? Tentu kasih sayang yang dicurahkan apabila berumah tangga nanti akan menjadi hambar . Jika anda wanita , tentu suami anda akan fikirkan bahawa , " aku bukanlah orang pertama yang disayanginya , mungkin kasih sayang pada kekasih pertamanya jauh lebih daripada kasih sayang yang diberikan kepadaku . Jiwanya sudah tidak sempurna , jiwanya sudah ternoda " . Kawan-kawan , Kekasih yang anda cintai sekarang tidak semestinya anda kahwini . Jika berkahwin pon ia terbina atas dasar maksiat . Cukuplah sekadar itu .





Berpalinglah pada Yang Maha Esa . CintaNya pasti akan mejamin ke syurga . Tinggalkan keasyikan ini . Jadilah Mawar yang sukar untuk dipetik dan jadilah Lebah yang Membawa madu yang Paling manis dan berkhasiat . maha Suci Allah yang menciptakan sekalian makhluk ...


Dengan lafaz yang penuh darjat , ' Alhamdulillah ' ku akhiri kalam pada kali ini . Semoga kita dirahmati oleh Allah swt dan dihindari daripada melakukan maksiat . Al-fatihah untuk mujahid Palestin yang terkorban , semoga Palestin dapat dilindungi , Ayuh , kitalah ' Agamawan ' ...


~Wallahualam ~


Tuesday, March 16, 2010

Benarkah?

0 comments
Jihad ??? syahid ??? Mampukah kita sematkan di hati , Mencari dalam daging , perasaan yg seumpama membaham nyawa sendiri . Menelusuri indahnya sirah perjuangan .

Benarkah angin itu wujud sedangkan kita tidak melihatnya ???

Sedah pasti kita mngatakan ia kerna jika dipandang pada pokok , daunnya pasti berterbangan ditiup angin ... Angin yang bergerak bebas tanpa halangan seperti manusia yg hidup tidak berperaturan , menyerang hidupan dengan ribut dan puting beliung tanpa belas kasihan ...
Begitulah juga hidup manusia jika tiada peraturan ... Kewujudan angin dapat dirasa walaupun tidak dilihat ... Tapi , apabila kita ditanya :

Benarkah Allah itu wujud sedangkan kita tidak MelihatNya ???

Tanyakan kembali , dapatkah kita melihat angin ??? Sudah semestinya ,
Kita juga tidak dapat melihatnya tetapi kita mampu merasai kehadirannya . Nikmatnya .
Sentuhannya . Begitu juga Allah yang Maha Esa ...

Suatu hari !!! Mampukah aku berjihad di jalan Allah ???
Ak sgt berharap bahawa aku mampu sama-sama berjuang di jalan yg benar .
Mngembalikan zaman kegemilangan Islam .
Islam yang Syumul !!!
Mampukah AKU memimpin pasukanku seperti Salahuddin Al-Ayubi memimpin tenteranya membebaskan Masjidil Aqsa . Juga seperti Hassan Al-Banna memimpin Ikhwanul Muslimin .
Sudah pasti dengan kudaratku sekarang tiada daya utkku melakukannya .
tapi ia harapanku , ia impian dan cita-citaku ...




Terjaga saja dari dari mati sementaraku , aku dikhabarkan dgn berita kematian seorang kawan bapa saudarku , sejak persekolah lagi , mereka akrab dan menjadi teman sehidup yg membawa keberkatan . Arwah Hadi menininggalkan seorang balu dan seorang anak yg baru berumur 6 tahun dalam perkiraanku, Sayup-sayup terdengar suara tangisan si manaja itu membuatkan org bersimpati , tapi , tiada daya upaya kerana sudah tertulis di dalam kitab hidupnya . itulah takdirnya . semoga arwah tergolong dalam kalangan insan yang beriman dan dihindarkan dari neraka Jahanam ...

Al-Fatihah




... Sekian ...



 
Template by STR from Minima retouched by Nyahoo | ics - id | ADxMenu |